Seremban: Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) mempamerkan
kehebatan mereka apabila
melebarkan lagi rekod
kemenangannya selepas
berjaya menewaskan FELDA
United FC, 2-0 dalam saingan
Liga Super, di Stadium Tuanku
Abdul Rahman Paroi, malam
tadi.
Sekalipun skuad bimbingan B
Sathianathan diasak pelawat
pada awal permainan menerusi
barisan depan gandingan Mohd
Ghaddar dan Shahrizal Saad yang
mencipta beberapa peluang,
benteng ATM dibarisi Mohd
Shukor Adan, Irwan Fadly Idrus, K
Reuben dan Nor Fadly Alias,
menidakkan percubaan mereka.
Dalam keghairahan FELDA United
mencari gol, ATM melakukan
serangan balas dan usaha itu
membuahkan hasil apabila ayam
tambatan, Marlon Alex James
menanduk masuk hantaran
Shukor Adan, menewaskan
penjaga gol, Mohd Helmi Eliza
Alias, pada minit ke-14.
Anak buah K Devan
meningkatkan asakan dan
berpeluang menyamakan
kedudukan pada minit k-39 tapi
Ghaddar yang berjaya melepasi
benteng ATM, gagal menolak bola
kemas dan Mohd Farizal Harun
mudah menangkap kemas bola.
Ketinggalan 0-1, FELDA United
memperkemaskan barisan
sebaik babak kedua bersambung
tapi percubaan Shahrizal terkena
tiang.
ATM yang turun dengan misi
meraih tiga mata melebarkan
kelebihan apabila Shukor
menjaringkan gol kedua pada
minit ke-55 selepas tonggak
berpengalaman itu menyambut
hantaran James hasil sepakan
sudut Hairuddin Omar.
KOMEN ANDA AMAT DIALUKAN UNTUK MEMOTIVASIKAN DIRI SAYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan