Rabu, 23 Januari 2013

Beego & Linda Kahwin 8 Jun



BEEGO dan Linda dijadualkan bakal menjalani kehidupan sebagai suami isteri menjelang bulan Jun tahun ini.

WALAUPUN pernah dikecewakan
dengan isu rumah tangga yang
hanya mampu bertahan selama
empat bulan dan menduda sejak
tahun 2009, Beego atau nama
sebenarnya Mohd. Aszerul Nizam
Abdullah, 33, tidak pernah
berputus asa untuk mencari
kebahagiaan bersama insan
yang lain.


Dia yang sebelum ini berkahwin
dengan Intan Shahira Mohd.
Shahru pada 28 Disember 2007,
mengakui akan melangsungkan
perkahwinan kali keduanya pada
pertengahan tahun ini bersama
pelakon terkenal, Linda Hashim.

Pelakon yang meraih populariti
menerusi sitkom Puteri, arahan
Aziz M. Osman itu, telah merisik
dan sekali gus mengikat tali
pertunangannya bersama
Linda,29, pada Oktober tahun
lalu.

Beego yang sebelum ini telah
membelanjakan keseluruhan
kira-kira RM157,000 bagi
persiapan perkahwinan
terdahulu sempat memberitahu
Kosmo! mengenai persiapan
pernikahan keduanya itu pada
majlis kesyukuran dan berzanji
sempena Maulud Nabi yang
diadakan di Perbadanan
Kemajuan Filem Nasional (Finas),
Hulu, Klang, Selangor yang
dianjurkan oleh Persatuan
Seniman Malaysia (Seniman).

Ikuti temu bual bersama Beego
yang buat pertama kali
mendedahkan tentang tarikh
sebenar pernikahannya dengan
Linda.

Kosmo!: Benarkah khabarnya
Beego akan berkahwin dengan
Linda pada tahun ini?

BEEGO: Ya, saya dan keluarga
telah merisik Linda pada Oktober
tahun lalu dan majlis itu yang
meraikan pertunangan saya dan
dia diadakan secara mengejut. Ia
akan diakhiri di jinjang pelamin
tidak lama lagi. Insya-Allah kami
akan berkahwin pada 8 Jun
tahun ini.

Beego kata pertunangan itu
dilakukan secara mengejut, boleh
jelaskan dengan lebih lanjut?

Saya dan keluarga sebenarnya
datang hanya untuk merisik
Linda. Bagaimanapun, apabila
semua ahli keluarga berkumpul
dan kegembiraan itu memuncak,
kedua-dua belah pihak secara
tidak langsung meminta kami
mengikat tali pertunangan pada
masa yang sama. Mujur, saya ada
membawa sebentuk cincin
berbatu permata selain daripada
cincin belah rotan sebagai tanda
merisik.

Melihat kepada kegembiraan itu,
jadi keluarga Linda boleh
menerima dengan hati terbuka
kisah hidup Beego yang turun
dan naik mahkamah?

Alhamdulillah, saya telah
menerangkan segalanya kepada
keluarga Linda tanpa ada
berselindung apa-apa dan
mereka boleh menerima saya
dengan seadanya. Hanya saya
dan teman-teman rapat sahaja
yang tahu perkara sebenar.

Mereka yang membaca dalam
media cetak itu hanya mengenali
dan mengetahui kisah hidup
saya secara kasar.

Berbalik kepada soal
perkahwinan, sudahkah Beego
menyediakan barang
kelengkapan perkahwinan dan
membuat perancangan untuk
upacara itu nanti?

Saya sudah membeli barang-
barang hantaran seperti kasut,
beg tangan dan pewangi. Bagi
perancangan upacara
perkahwinan kami nanti, majilis
akan diuruskan oleh kakak
sulung Linda sendiri, Erin yang
memiliki butik andaman Erin &
Erinas Wedding.

Jadi Beego cuma menguruskan
barang-barang hantaran sahaja?

Tidak juga, untuk tempat dan
konsep, kami dan Erin akan
sama-sama berbincang bagi
mendapatkan penyelesaian yang
terbaik. Bukan apa, kakak Linda
ingin yang terbaik untuk adiknya,
jadi kami dengan berbesar hati
mengalu-alukan keikhlasan Erin
untuk membantu kami.

Di manakah lokasi persandingan
itu nanti?

Insya-Allah, kami akan
mengadakan persandingan di
Finas, Kuala Lumpur dengan
kerjasama Seniman dan juga
Finas sendiri.

Kenapakah Beego memilih Finas
dan tidak di hotel mewah seperti
kebanyakan artis yang lain?

Saya rasa semua rakan artis dan
media sudah biasa dan
mengenali tempat ini, jadi lebih
mudah jika saya membuat majlis
perkahwinan itu nanti di Finas
sahaja.

Apakah konsep perkahwinan
Beego dan Linda nanti?

Ia berkonsep dalam taman.

Bagaimanakah pula dengan kad
jemputan dan senarai tetamu
yang akan diundang?

Kami baru sahaja ingin
menempah kad jemputan. Bagi
senarai tetamu yang akan
dijemput, sudah tentulah
keluarga dan sahabat handai,
rakan-rakan artis dan para
media.

Adakah Beego akan menjemput
bekas isteri nanti?
Saya tidak mahu membawa
sejarah hitam kehidupan yang
lepas ke masa hadapan saya.

Jadi, saya rasa cuma orang yang
memberi kebahagiaan dan
kebaikan buat diri saya sahaja
yang akan saya undang ke majlis
perkahwinan saya itu nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan