PUTRAJAYA: Bekas Yang
Dipertua Majlis Islam Sarawak
yang juga bekas Mufti Sarawak,
Datuk Seri Anis Abot hari ini
diumumkan penerima
anugerah perdana Maulidur
Rasul peringkat kebangsaan
tahun 1434H.
Beliau menerima hadiah wang
tunai RM50,000, trofi, sijil serta
tafsir al-Quran yang disampaikan
Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Anis berkata anugerah itu amat
bermakna dan akan dijadikan
pendorong untuknya terus
menyumbang dalam usaha
pembangunan umat Islam.
"Kejayaan itu perlu dikongsi
terutamanya penduduk Islam di
Sarawak. Ia juga menunjukkan
umat Islam di Sarawak mampu
memberi sumbangan besar,"
katanya semasa ditemui
pemberita selepas majlis
sambutan Maulidur Rasul, di sini.
Sementara itu, lapan orang
menerima anugerah Maulidur
Rasul, antaranya Yang Dipertua
Pertubuhan Tindakan Wanita
Islam (Pertiwi) Prof Emeritus
Datuk Dr Nik Safiah Abdul Karim
yang menyifatkan anugerah itu
satu penghargaan serta
penghormatan buat seluruh
kaum wanita.
"Banyak manfaat yang boleh
diperoleh daripada kerja
sukarela, kerja kesukarelaan juga
amat penting dalam proses
pembangunan masyarakat dan
ummah, jangan mudah lupa diri,
teruskan pencarian ilmu dan
berkongsi dengan orang lain,"
katanya.
Pelajar kurang upaya dari
Sekolah Menengah Bandar Mas
Kota Tinggi Johor, Khairunnisa
Khairuddin berkata anugerah
diterimanya membuktikan
golongan orang kurang upaya
juga boleh berjaya dengan syarat
perlu membuang perasaan malu.
"Kita perlu yakin dengan
kemampuan diri sendiri, tidak
perlu malu dengan kekurangan
diri, terus berusaha, pasti boleh
berjaya," katanya yang
memperoleh 8A dalam
peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah 2012.
Penerima lain termasuk
penasihat Majlis Agama Islam
Negeri Johor, Datuk Noh Gadut;
Timbalan Pengerusi Yayasan
Ihtimam Malaysia, Tan Sri Mohd
Zaman Khan Rahim Khan dan
Penasihat Syariah Pusat Fiqh
Muamalat, Institut Perbankan dan
Kewangan Islam Malaysia, Mohd
Bakir Mansor.
Turut menerima anugerah sama
ialah Pengurus Besar
Pembangunan Kandungan dan
Penyelidikan Program Al Hijrah
Media Corporation, Che Wan Alias
Che Wan Abdullah; Ketua
Program Pengajian Kenegaraan
dan Ketamadunan Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia,
Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee
Abdullah dan Anggota Majlis
Kebangsaan Pertubuhan
Kebajikan Islam Malaysia,
Muhammad Fitri Abdullah.
Penerima anugerah Maulidur
Rasul membawa pulang wang
tunai RM20,000, trofi, sijil serta
tafsir al-Quran.
Like This Page : Malaysia Info Sharing
Sila Tinggalkan Komen Anda Untuk Memberi Ulasan Kepada Saya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan