Rafael Benitez telah akhirnya
mengaku kalah dalam
perjuangan Chelsea untuk
menjuarai Liga Perdana
England.
Prestasi baik di akhir bulan
Disember telah meletakkan
Chelsea hanya lapan mata di
belakang Manchester United,
tetapi persembahan-
persembahan mengecewakan
baru-baru ini, terutama sekali di
padang sendiri, telah lihat
harapan mereka untuk
menjuarai Liga Perdana lesap.
Pasukan Benitez telah berjaya
menang hanya satu perlawanan
di Stamford Bridge sejak beliau
mengambil alih tujuh minggu
yang lalu.
Kekalahan kepada QPR dan
keputusan seri 2-2 bersama
Southampton pada hari Rabu
bermakna harapan Chelsea untuk
layak ke Liga Juara-Juara musim
depan juga semakin tipis.
Dan Benitez, yang dijangka ramai
akan meninggalkan Chelsea di
hujung musim ini, akhirnya
mengaku harapan pasukannya
untuk menjuarai Liga Perdana
musim ini telah lesap.
"Dari segi liga, saya tidak rasa
kami boleh menjuarai liga ini,"
Benitez berkata menjelang
perlawanan menentang Arsenal
pada hari Ahad.
"Tetapi kami masih boleh
bersaing untuk Piala Capital, Piala
FA dan Piala Eropah.
"Saya perlu beri keyakinan
kepada pasukan ini bahawa
kami boleh tewaskan sesiapa
sahaja. Jika anda mempunyai
keyakinan diri, ia lebih mudah.
"Pemain-pemain di kelab ini
semuanya rapat antara satu
sama lain. Kami mempunyai
(John) Terry dan (Frank) Lampard
yang sudah pulih daripada
kecederaan. Kini kami perlu
bermain dengan lebih
konsisten."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan