Ahad, 27 Januari 2013

Cacah Tatu Dialat Sulit

Kota Kinabalu: Memalukan
apabila segelintir remaja Islam
di bandar raya ini, termasuk
pelajar sekolah, tidak
mengendahkan larangan
agama yang mengharamkan
cacahan tatu pada mana-mana
anggota tubuh, sebaliknya
melakukannya untuk tujuan
suka-suka berikutan
dipengaruhi rakan sebaya.




Ukiran rama-rama dan bunga ros dicacah di bahu.

Trend itu jika tidak dibendung
pihak berkuasa dan institusi
kekeluargaan dikhuatiri boleh
merosakkan akidah remaja
terbabit kerana ia perbuatan
zaman jahiliah selain boleh
memberi kesan buruk kepada
kesihatan.

Lebih membimbangkan, remaja
berkenaan bijak
menyembunyikan kegiatan
mereka daripada pengetahuan
keluarga, terutama ibu bapa,
apabila mencacah tatu di
bahagian sulit seperti payudara
dan ari-ari.

Siasatan Metro Ahad mendapati
ada gadis Islam berusia antara
17 hingga 30 tahun
mengenakan tatu di badan
sebagai hiasan kerana
beranggapan ia unik dan
menarik selain dianggap simbol
seks.

Seorang remaja yang mahu
dikenali sebagai Laila, 19,
mengakui tertarik memiliki tatu
selepas melihat pelbagai gaya
dan lakaran tatu pada tubuh
rakannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan