Selasa, 22 Januari 2013

Cikgu goncang seluruh badan

Johor Bahru: Hanya kerana
tidak pandai berbahasa
Inggeris, seorang murid lelaki
berusia tujuh tahun dikasari
dengan dipercayai digoncang
seluruh badan selain ditolak ke
dinding oleh seorang guru
lelaki, hingga jatuh telentang
dalam kejadian di kelasnya di
sebuah sekolah rendah, di sini,
Isnin minggu lalu (14 Januari
2013).
Dalam kejadian jam 2 petang itu,
bapa mangsa yang kebetulan
masih berada di sekolah melihat
sendiri kejadian berkenaan
sebelum menarik anaknya
pulang ke rumah.
Bapa kanak-kanak itu Noriswan
Samad, 30, berkata, pada hari
kejadian dia dan isterinya, Nurul
Akma Abu Bakar, 25, menghantar
anak sulung mereka, Muhammad
Nur Haikal, ke sekolah terbabit
kira-kira jam 1 tengah hari.
“Pada Jumaat (11 Januari)
sebelum kejadian, Muhammad
Nur Haikal menangis dan
mengadu tidak mahu ke sekolah
kerana takut didenda guru
berikutan tidak boleh bertutur
bahasa Inggeris untuk ke tandas
selain meminta isteri saya
mengajarnya.

“Pada hari kejadian saya berasa
tidak sedap hati dan berpatah
semula ke kelas untuk melihat
anak, namun tergamam melihat
anak saya digoncang seluruh
badan beberapa kali, ditolak di
kerusi dan dinding hingga jatuh
telentang serta diherdik guru itu
‘masukan baju kau dalam seluar
bodoh!’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan