LONDON: Manchester City yang
memburu tiga mata gagal
untuk meruntuhkan kekuatan
Queens Park Rangers dan
penjaga golnya yang kental
Julio Cesar, apabila hanya
mampu seri 0-0, pada
pertemuan Liga Perdana, awal
pagi tadi.
City berjaya merapatkan
kedudukan mata ke atas
pendahulu liga, Manchester
United tetapi perlawanan yang
penuh kecewa di Loftus Road
untuk barisan Roberto Mancini
memberikan kelebihan pula
kepada United bagi
menjarakkan kedudukan
kepada kelebihan tujuh mata
apabila melayan kunjungan
Southampton, awal pagi esok.
Musim malang buat Aston Villa
nampaknya berterusan apabila
tewas 2-di tangan Newcastle
United yang turut membuatkan
pasukan itu berada di zon
penyingkiran.
Jaringan Papiss Cisse dan Yohan
Cabaye memberikan Newcastle
pada babak pertama walaupun
Villa berjaya memperoleh
jaringan menerusi Christian
Benteke daripada sepakan
penalti.
Wigan Athletic pula naik satu
tangga di atas Villa dan
terkeluar daripada zon
penyingkiran hanya melalui
perbezaan jaringan selepas seri
2-2 di Stoke City.
Pada pertemuan lain
menyaksikan pertemuan
Sunderland dan Swansea City
berkeseduhan dengan seri 0-0.
KEPUTUSAN PERLAWANAN
QPR 0 - Man City 0
KEPUTUSAN LAIN
Aston Villa 1 (Benteke 49-pen) -
Newcastle United 2 (Cisse 19,
Cabaye 31)
Stoke City 2 (Shawcross 23,
Crouch 48) - Wigan Athletic 2
(McArthur 50, Di Santo 61)
Sunderland 0 - Swansea City 0
Tiada ulasan:
Catat Ulasan