KUANTAN - Seorang gadis bertindak kejam
apabila nekad membungkus dan mencampakkan
bayi luar nikah yang dilahirkannya ke tong
sampah,
di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), kira-
kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Aziz Salleh
berkata, gadis berusia 24 tahun itu berasal dari
Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai bekerja di
sebuah pasar raya di Temerloh.
"Dia dibawa ke HOSHAS oleh rakannya selepas
mengadu sakit perut.
"Ketika sedang mendapatkan rawatan gadis itu
bergegas ke tandas berhampiran dan terkejut
ketika sedang membuang air besar melihat bayi
perempuan yang dikatakan cukup sifat terjatuh
dalam mangkuk tandas," katanya kepada
pemberita di sini hari ini.
Aziz berkata, dipercayai selepas melihat keadaan
bayi perempuan itu sudah tidak bernyawa, gadis
terbabit mengambil plastik dalam tong sampah
sebelum membungkus mayat bayinya dan
membuang dalam tong sampah.
Katanya, gadis terbabit kemudian berlagak
selamba ketika berjalan keluar dari tandas
berkenaan sebelum dipanggil oleh doktor yang
bertugas untuk menjalani pemeriksaan.
"Doktor terbabit terkejut selepas mendapati perut
gadis berkenaan kempis sebelum memanggil
seorang jururawat dan meminta menjalankan
pemeriksaan di dalam tandas yang dikunjungi
gadis itu.
"Hasil pemeriksaan, jururawat terbabit menemui
beberapa titik darah berhampiran tong sampah
sebelum membuka tong itu lalu melihat plastik
dipenuhi darah bersama mayat bayi berkenaan,"
katanya.
Katanya, selepas dimaklumkan penemuan mayat
bayi perempuan itu, doktor terbabit
menghubungi Balai Polis Temerloh dan polis
menahan gadis berkenaan.
Siasatan awal mendapati, bayi perempuan itu
berusia enam bulan dan disahkan meninggal
dunia ketika dalam kandungan namun punca
kematian masih dalam siasatan.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun
Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan