Artis popular Indonesia Irwansyah dan
isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan
Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan
bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di
rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi
Ahad.
Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan
Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang
menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah
mendapat maklumat orang ramai.
Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu
diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang
media di sini petang ini.
Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah
yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di
tempat kejadian.
Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni
Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti,
sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk
menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada pilihan
raya umum Parlimen 2014 nanti.
Media tempatan memetik Timbalan Ketua Umum
PAN Dradjad Wibowo pada Ahad, sebagai berkata
parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan
nama Raffi daripada senarai bakal calon PAN jika
beliau disahkan terlibat dengan dadah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan