
LOW menunjukkan katak diperoleh dari hutan Gerik, baru- baru ini.
Orang ramai
sekitar daerah Sungai Siput gempar
apabila seorang ahli
perniagaan mempamerkan dua
ekor katak gergasi seberat
hampir 2 kilogram (kg) setiap
seekor yang didakwa ditangkap
sekitar kawasan hutan di Gerik,
Perak.
Katak besar dipercayai spesis
Lithobates Catesbeianus yang
didakwa terbesar dan terberat di
Malaysia setakat ini,
memeranjatkan orang ramai
berikutan turut mempunyai saiz
panjang melebihi 40 sentimeter .
Katak berwarna hijau itu
ditawarkan kepada orang ramai
yang berminat untuk
membelinya pada harga RM130
sekilogram.
Ahli perniagaan berkenaan, Low
Yin See, 45, berkata, dia
memperoleh dua ekor katak
gergasi itu daripada lelaki Orang
Asli yang berjaya menangkapnya
berhampiran sebuah sungai di
Gerik minggu lalu.
Menurutnya, katak berkenaan
adalah spesis katak paling besar
yang pernah ditemuinya sejak
menjadi peniaga haiwan eksotik
di Pasar Jalong, di sini, lebih 10
tahun lalu.
“Biasanya saiz katak yang
dibekalkan kepada saya hanyalah
sekitar 100 gram hingga 200
gram seekor. Namun, katak
gergasi ini mencecah berat
hampir 1.8 kg.
“Berat katak ini amat luar biasa
dan sukar dipercayai. Ramai yang
teruja dan ragu-ragu namun
akhirnya percaya selepas
mendapati katak berkenaan
bergerak-gerak,” katanya.
Dia mendakwa katak itu yang
hidup di tebing sungai dengan
memakan ikan dan udang hanya
aktif pada waktu malam saja.
“Katak ini biasanya boleh ditemui
pada bulan Disember dan
Januari,” katanya ketika ditemui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan