Isnin, 28 Januari 2013

Lagenda Badminton Eddy Choong Meninggal Dunia

GEORGETOWN: Bekas juara perseorangan All-England empat kali, Datuk Eddy Choong, 82, meninggal dunia di Hospital Loy Guan Lye, petang tadi.

Datuk Eddy Choong sepatutnya keluar dari hospital hari ini selepas tiga hari menerima rawatan kerana mengalami muntah-muntah, kata anak sulungnya, Datuk Finn Choong Khuat Seng, 53. Ayahnya juga berhasrat untuk menonton kejohanan badminton All-England di sana namun tidak kesampaian, katanya.

Ketika menghembuskan nafas terakhir, semua ahli keluarga berada di sisinya. Mendiang meninggal dunia kira- kira jam 2.30 jam petang, kata anaknya.

Mendiang menjadi juara empat kali acara perseorangan lelaki Kejohanan All-England pada 1953, 1954, 1956 dan 1957 selain salah seorang ahli pasukan Piala Thomas Malaya yang mempertahankan gelaran kejohanan itu pada 1955.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan