Rabu, 23 Januari 2013

Lelong Diri RM300





Kuala Lumpur: Seorang wanita
dipercayai pelayan pelanggan
(GRO) yang sedang beraksi
ghairah di atas pentas terkedu
apabila pusat hiburan di Bandar
Manjalara, Kepong, diserbu
polis, semalam.
Difahamkan, wanita berkenaan
bukan saja memberi hiburan
kepada pelanggan yang datang,
tetapi sedang berusaha
‘mempromosikan’ dirinya agar
dipilih dibawa pulang dengan
bayaran serendah RM300.


Serbuan dilakukan sepasukan
polis Bahagian Kongsi Gelap,
Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Kuala
Lumpur (IPKKL) kira-kira jam 12
malam itu menahan 13 wanita
warga Vietnam berusia antara
21 dan 27 tahun.

Pegawai Turus D7 IPKKL Deputi
Superintendan Azman Mohd Isa
berkata, selain wanita
berkenaan, tiga lelaki warga
Myanmar yang memiliki kad
Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu bagi
Pelarian (UNHCR) ditahan kerana
bekerja sebagai pelayan.

“Risikan yang dilakukan
seminggu lalu tidak menolak
pusat hiburan ini ada
menjalankan kegiatan pelacuran
berdasarkan pergerakan keluar
dan masuk wanita warga asing
bersama pelanggan.

“Ketika serbuan, ada seorang
wanita yang sedang asyik menari
ghairah di atas pentas, selain
terdapat lebih 50 pelanggan di
dalam pusat hiburan ini,”
katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut
mendapati pusat hiburan yang
baru sebulan beroperasi ini tidak
memiliki lesen perniagaan yang
sah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan