Rantau Panjang: Seorang
remaja yang pernah digelar
‘Messi Malaysia’, kini tercicir
dalam pelajaran selain buntu
mencari jalan penyelesaian
untuk kembali bersekolah.
Nama Sufian Mat, 17, pernah
muncul di dada akhbar ketika
menjadi peserta rancangan
realiti anjuran TV3, Soccer Kids,
malah pernah menjadi pemain
harapan kebangsaan pada masa
depan.
Episod duka Sufian bermula
apabila bekas pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK)
Putera itu kecewa selepas
namanya tidak tersenarai untuk
ke Sekolah Sukan Bandar
Penawar (SSBP), Johor pada
2007.
Sufian berkata, keadaan lebih
teruk apabila anak kedua
daripada empat beradik itu
dibuang asrama kerana
dikaitkan dengan insiden
pergaduhan di sekolah
berkenaan.
“Saya tertekan ketika itu kerana
tidak dapat ke SSBP, malah
keadaan lebih teruk kerana
terpaksa berulang-alik sejauh 50
kilometer (km) ke sekolah.
“Sekarang saya mahu kembali
bersekolah dan ingin bermain
bola sepak, namun buntu untuk
mencari jalan penyelesaian,”
katanya ketika ditemui di
rumahnya, di Rantau Panjang, di
sini, semalam.
Sufian yang pernah berada di
bawah bimbingan Ketua
Jurulatih Harimau Muda A Ong
Kim Swee ketika menyertai
program Soccer Kids itu juga
mengakui tidak mahu berpisah
dengan minatnya terhadap bola
sepak.
Katanya, dia berharap ada pihak
prihatin dengan nasibnya, malah
berhasrat menamatkan pelajaran
sekurang kurangnya Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).
“Saya berharap ada pihak
membantu kerana saya cuma
mahu dapatkan sijil SPM,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan