Sabtu, 19 Januari 2013

MLM 2012 MILIK JOZAN


JOHOR BAHRU: “Saya rasa sebak atas semangat Johan yang sanggup datang hari ini walaupun masih perlu berehat dan menjalani rawatan lutut.
Saya anggap ini adalah rezeki dan tanda sokongan daripada peminat,” kata Mohd Razizan Abd Razak atau lebih popular dengan nama Zizan selepas kumpulan Jozan yang dianggotai bersama Johan, muncul juara program Maharaja Lawak Mega 2012, malam tadi.

Jozan menewaskan empat kumpulan lain pada peringkat akhir yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna dan Astro Mustika HD dari Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru di sini.

Menurut Johan, dia menguatkan semangat untuk datang membuat persembahan demi peminat Jozan yang banyak memberi sokongan.

“Walaupun peluang untuk mengadakan latihan yang diberikan hanya sekejap disebabkan kesihatan saya belum pulih, saya puas hati.
“Saya puas hati atas kemenangan ini dan berharap semoga peminat juga berpuas hati,” katanya.

Tempat kedua dimenangi kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Zamatul Amri Zakaria (Taukeh) dan Yussry Edoo (Yus) sekali gus merangkul wang tunai RM250,000.
empat ketiga dengan membawa pulang RM150,000 berserta trofi dimenangi kumpulan Shiro yang dianggotai Shahrol Azizie Azmi (Shahrol) dan Mohamad Hanaffi Razak (Ajak).

Kumpulan Boboi dan Saywho yang mendapat tempat keempat dan kelima masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi.

Hadiah disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani; Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai; dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan