Isnin, 21 Januari 2013

MPL 2013: PDRM gagal kekalkan rentak kemenangan

PDRM gagal mengekalkan rekod tanpa kalah
apabila sekadar seri 1-1 dengan Pos Malaysia
dalam saingan Liga Perdana di Stadium Hang
Jebat, sebentar tadi.
Selepas lima perlawanan, gawang PDRM akhirnya
berjaya dibolosi apabila Pos Malaysia berjaya
menyumbat gol penyamaan selepas pasukan tuan
rumah mendahului 1-0.
Sementara itu, Kedah meneruskan rentak
kecemerlangan apabila berjaya mengutip tiga
mata selepas menewaskan Sabah 2-0 di Stadium
Likas.
Penyerang Kedah, Khyril Muhymeen meletakkan
pasukan 1-0 di hadapan pada minit ke-42
perlawanan sebelum Fiqkry Mohd Isa menyumbat
gol kedua Kedah pada minit ke-80.
Dengan kemenangan ini, Kedah berjaya
melonjakkan diri di tangga kedua dengan
mengutip 12 mata selepas lima perlawanan
setakat ini.
Turut mengutip tiga mata adalah Johor apabila
menang 2-0 ke atas UiTM FC di Stadium Majlis
Perbandaran Pasir Gudang.
Dua gol Johor disumbangkan oleh Khairul Ismail
pada minit ke-47 dan Farid Ramli menjaringkan
gol kedua pada masa penamat.
NS Betaria FC pula menewaskan KL SPA 3-2
Stadium UiTM, Shah Alam.
Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sime
Darby gagal meneruskan rentak cemerlang
apabila hanya terikat seri tanpa jaringan dengan
Sarawak.
Meskipun beraksi di halaman sendiri, Sime Darby
gagal memanfaatkan peluang untuk mengutip
tiga mata penuh.
Kuala Lumpur pula mencatat kemenangan tipis
1-0 ke atas Perlis di Stadium Negeri, Kangar.

Berikut keputusan Liga Perdana yang
berlangsung hari ini:

Sabah 0-2 Kedah

PDRM 1-1 Pos Malaysia

Sime Darby 0-0 Sarawak

KL SPA 2-3 NS Betaria FC

Johor 2-0 UiTM FC

Perlis 0-1 Kuala Lumpur

Like This Page Malaysia Info Sharing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan