Isnin, 28 Januari 2013

Pasangan Paling Kaya !!

Secara individu, mereka ini sudah
cukup kaya dan berjaya dalam
karier masing.
Namun apabila mereka saling
bertemu dan menjadi pasangan,
harta kekayaan mereka
bertambah dengan berlipat
ganda.

Menurut majalah perniagaan
Forbes, berikut adalah lima
pasangan paling kaya untuk
tahun 2012 (Mei 2011 – 2012).

No.1 Beyonce Knowles & Jay-Z

Pasangan muzik paling terkenal
di dunia ini mempunyai
pendapatan bersama sejumlah
AS$78 juta (RM238.5 juta) iaitu AS
$40 (RM122.3 juta) juta milik
Beyonce melalui koleksi Dereon,
iklan L’Oreal, DirecTV dan banyak
lagi, manakala baki AS$38 juta
(RM116.2 juta) milik Jay-Z yang
dijana daripada konsert jelajah
Watch The Throne dan
pelaburannya).

Bagaimana mereka
membelanjakannya? Menyewa
rumah di Hamptons bernilai AS$
400,000 (RM1.22 juta) selama
sebulan atau mungkin juga
membeli hadiah sesama sendiri,
seperti hadiah Beyonce kepada
suami tercinta pada tahun 2010 -
sebuah kereta Bugatti Veyron
Fbg par Hermes untuk hari jadi
ke-41 Jay-Z yang bernilai AS$2.4
juta (RM7.33 juta).

No.2 Gisele Bundchen & Tom
Brady


Bintang quarterback futbol New
England Patriots, Tom Brady dan
isterinya, supermodel Gisele
Bundchen memiliki pendapatan
bersama AS$72 juta (RM235.45
juta) iaitu AS$45 juta (RM137.6
juta) milik Bundchen dan AS$27
juta (RM82.56 juta) milik Brady
melalui kontrak dengan NEP
selama empat tahun, juga
sebagai model jenama UGG Boots
dan Under Armour.

Mereka mungkin memerlukan
jumlah itu untuk menguruskan
rumah agam mereka di
Brentwood yang menelan kos
sebanyak AS$20 juta (RM61.15
juta).

No.3. David Beckham & Victoria
Beckham


Bintang bola sepak dan
fashionista ini mempunyai
gabungan pendapatan
berjumlah AS$54 juta (RM165.1
juta) dengan sebahagian
besarnya dijana oleh David
sendiri selepas menandatangani
semula kontrak bersama LA
Galaxy selain menjadi model
Burger King, Sainsbury’s dan
Samsung iaitu AS$46 juta
(RM140.66 juta). Manakala
Victoria pula memiliki nilai
kekayaan AS$8 juta (RM24.4 juta)
yang dihasilkan melalui jenama
fesyennya dan royalti daripada
album Spice Girls. Memiliki
beberapa rumah agam seperti
Beckingham di UK, rumah agam
mereka di Beverly Hills dan
ladang wain Victoria di Lembah
Napa, pasangan ini memang
pandai berbelanja besar dan
mencari jalan untuk membayar
semuanya!

No.4 Brad Pitt & Angelina Jolie

Pasangan terkenal Hollywood ini
berada di tempat keempat
dengan gabungan pendapatan
sebanyak AS$45 juta (RM137.6
juta). Pitt mendapatkan hasil
sebanyak AS$25 juta (RM76.44
juta) daripada filemnya,
Moneyball dan Tree Of Life,
sementara Jolie pula menjana
pendapatan melalui filem dan
juga menjadi jurucakap jenama
seperti Louis Vuitton.

No.5 Will Smith & Jada Pinkett
Smith


Antara pasangan yang paling
lama bertahan di Hollywood,
mereka memiliki pendapatan
bersama 2012 sebanyak AS$40
juta (RM122.3 juta), iaitu AS$30
juta (RM91.73 juta) datang
daripada Will Smith yang kembali
ke layar perak melalui “Men In
Black 3” dan “After Earth”.

Sementara itu, Jada pula
mengaut hasil daripada lakonan
suaranya melalui animasi
Madagascar 3: Europe’s Most
Wanted dan pelaburannya dalam
Carol’s Daughter, produk
kecantikan yang dihasilkan oleh
Lisa Price, di mana Jada juga
bertanggungjawab sebagai
jurucakapnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan