London: Cardiff semakin
mencerahkan peluang
beraksi dalam Liga Perdana
Inggeris selepas selesa
dengan kelebihan 10 mata di
tangga teratas Liga
Kejuaraan apabila menang
2-1 ke atas Blackpool,
kelmarin.
Skuad kendalian Malky Mackay
itu berada di landasan tepat
untuk meraih tiket ke liga
utama itu selepas jaringan
pemain tengah Korea Selatan,
Kim Bo Kyung dan Tommy
Smith menyumbang kepada
kemenangan kelab itu di
Bloomfield Road.
Bo Kyung menjaringkan gol
pertama pada minit ke-54
selepas menerima hantaran
cantik Aron Gunnarsson.
Blackpool menyamakan
kedudukan enam minit
kemudian selepas Gary Taylor-
Fletcher menanduk masuk
hantaran silang Tiago Gomes.
Namun Smith menjaringkan
gol kemenangan menerusi
penyudah cantik berhampiran
kotak penalti pada minit
ke-64.
Hull pula mensia-siakan
peluang untuk naik ke tangga
kedua liga yang diraih
Leicester selepas sekadar seri
1-1 dengan Peterborough di
London Road.
Leicester naik ke tangga
kedua selepas mencatat
kemenangan tipis 1-0 ke atas
Middlesbrough.
Meskipun Hull di depan pada
minit ke-33 menerusi jaringan
sendiri Joe Newell,
Peterborough berjaya
menyamakan kedudukan hasil
sepakan penalti yang
disempurnakan Grant McCann
11 minit sebelum tamat.
“Ramai yang berasa kecewa
apabila lawan berjaya
menyamakan kedudukan pada
saat akhir, tapi secara jujur
saya rasa keputusan ini sudah
cukup bagus,” kata pengurus
Hull, Steve Bruce.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan