SEREMBAN: Polis merampas
sepucuk "pump gun" milik
seorang pengawal
keselamatan yang secara tidak
sengaja melepaskan satu das
tembakan di dalam sebuah
bank di Jalan Dato Bandar
Tunggal, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.25
pagi itu, lelaki berusia awal 40-an
dipercayai sedang bertugas di
dalam bank itu sebelum
tertembak ke arah siling.
Ketua Polis Daerah Seremban,
Asisten Komisioner Saiful Azly
Kamaruddin, berkata, pihaknya
bertindak merampas senjata itu
bagi menjalankan siasatan lanjut
terhadap lelaki berkenaan.
"Siasatan awal mendapati, ketika
kejadian, pengawal terbabit
mahu mengosongkan senjata itu
sebelum tertembak ke arah
siling.
"Bagaimanapun, kita percaya
pengawal terbabit tidak sengaja
dan kejadian itu tidak
mencederakan sesiapa," katanya.
Menurutnya, pihaknya sudah
mengambil keterangan lelaki itu
dan kes disiasat mengikut
Seksyen 39 Akta Senjata Api
1960.
KOMEN ANDA DAPAT MEMATANGKAN SAYA DAN MEMOTIVASIKAN DIRI SAYA
Like This Page Malaysia Info Sharing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan