Rabu, 23 Januari 2013

Rakyat Malaysia Terbunuh

PUTRAJAYA: Kementerian Luar
mengesahkan seorang rakyat
Malaysia terbunuh dalam
kejadian tebusan di In Amenas,
Algeria.
Mangsa yang terbunuh ialah
Chong Chung Ngen, manakala
nasib seorang lagi, Tan Ping Wee
belum diketahuh.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah
Aman dalam satu kenyataan
berkata, berita itu sudah
dimaklumkan kepada keluarga
mendiang dan kedutaan besar
Malaysia sedang bekerjasama
dengan syarikat JGC untuk
membawa pulang mayat
mendiang.


“Kerajaan amat prihatin terhadap
nasib seorang lagi mangsa, Tan
Ping Wee yang belum diketahui.

“Sehubungan itu, kementerian
sudah menghantar seorang
diplomat kanan untuk membantu
kedutaan mempercepatkan
usaha mencari seorang lagi yang
masih hilang,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan