Pasangan suami-isteri, Scha
Alyahya dan Awal Ashaari, masih
terasa kesannya sehingga ke hari
ini walaupun tiada sebarang
bukti menunjukkan mereka
terbabit dalam kejadian mencuri
pakaian di sebuah gedung
pakaian terkenal, seperti yang
pernah kecoh sekitar Oktober
tahun lalu.
Kepedihan gara-gara tuduhan
tidak berasas itu cukup
dirasakan Scha apabila dia
mengaku kecewa dengan
penganjur yang seolah-olah
lepas tangan apabila isu itu
tersebar.
Memang saya merajuk dengan
penganjur apabila mereka tidak
melakukan sebarang tindakan
susulan untuk memulihkan
kembali reputasi saya yang
sudah tercemar. Berkali-kali saya
meminta mereka mengeluarkan
kenyataan yang boleh
membersihkan nama saya.
Namun mereka memberikan
alasan polisi syarikat
menghalang mereka berbuat
demikian.
Saya cuba juga meminta jika ada
salinan CCTV yang menunjukkan
kami melakukan tindakan salah
laku itu sebagai bukti, tapi
permintaan kami gagal
ditunaikan, ujar Scha ketika
ditemui pada majlis
penyampaian hadiah peraduan
Petronas Switch for XTRA Road
Challenge di Kuala Lumpur,
Jumaat lalu.
Pertandingan berupa kempen
yang menyaksikan kemenangan
berpihak kepada penyampai
radio Hot FM, Faizal Ismail atau
FBI, itu menyaksikan selebriti
terpilih seperti Scha, Awal dan
blogger terkenal, Hanis Zalikha,
mengembara ke seluruh negara
sekali gus menyudahkan
pelbagai cabaran dikehendaki
bersama peminat terpilih.
Ditanya apakah tuduhan nakal itu
menjejaskan kerjaya seninya
terutama membabitkan
pandangan khalayak
terhadapnya, Scha mengakui ia
memberi sedikit tempias.
Walaupun tidak secara terang-
terangan, tetapi ada juga syarikat
produk saya wakili yang
menyiasat kesahihan perkara itu
daripada orang lain. Mungkin
mereka bimbang jika perkara itu
benar-benar terjadi. Namun saya
tetap menerima jemputan
daripada pelbagai pihak untuk
menjadi tetamu majlis. Sekali gus
ia membuktikan mereka percaya
saya tidak terbabit dengan kes
mencuri, tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan