Selasa, 22 Januari 2013

Sneijder SAH Sertai Galatasaray

Bintang tengah
Belanda, Wesley Sneijder sah
menyertai kelab Turki,
Galatasaray selepas gagal
mencapai persetujuan dengan
Inter Milan mengenai kontrak
permainan.
Sneijder bersetuju dengan
perjanjian itu dalam satu
temubual siaran langsung di
laman web Galatasaray
(www.galatasaray.org) dan
berharap melakukan kemunculan
sulung pada pertembungan jiran
setempat menentang Besiktas
minggu depan.
“Pasti menarik dan suasananya
mengagumkan, saya tidak sabar
ke sana dan bermain perlawanan
pertama,” kata pemain berusia
28 tahun itu.
“Saya akan membuatkan peminat
Galatasaray berasa amat bangga
dan gembira. Saya tidak sabar
bertemu mereka.” Sneijder
muncul antara pemain terbaik
dunia pada musim 2009-10 dan
walaupun gagal mengekalkan
kedudukan itu, keputusannya
untuk berhijrah keluar dari lima
liga terbaik Eropah pasti
mengejutkan pengkritiknya.
Seorang pakar sepakan percuma,
Sneijder menyertai Inter pada
2009 selepas dua musim
bersama Real Madrid dan
membantu mereka memenangi
Serie A, Liga Juara-Juara dan Piala
Itali dalam musim pertamanya
bersama skuad kendalian Jose
Mourinho.
Dia turut membantu Belanda
layak ke perlawanan akhir Piala
Dunia 2010.


Like This Page Malaysia Info Sharing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan