
TIADA permohonan dibuat oleh Persatuan Bola
Sepak Negeri Johor (PBNJ) untuk menukar venue
perlawanan dari Stadium Darul Aman ke Stadium
Larkin bagi saingan kedua Piala FA bulan depan.
Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim
berkata, dakwaan itu tidak benar dan tidak
mengetahui dari mana isu tersebut ditimbulkan.
“Kita tidak tahu dari mana cerita ini datang dan
seterusnya disebarkan, malah kami tidak
mengetahui niat sebenar cerita ini dibuat.
“Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku
Ismail Sultan Ibrahim tidak pernah menyatakan
untuk menukar venue Piala FA, malah kami ikut
seperti yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM),” katanya kepada Sinar Harian, di
sini, semalam.
Katanya, pihaknya tidak menghadapi sebarang
masalah untuk beraksi di Darul Aman atau di
mana sahaja kerana ia perkara biasa.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai
dakwaan yang mengatakan Presiden PBNJ, Tunku
Ismail Sultan Ibrahim memohon kepada FAM
untuk menukar venue dari Stadium Darul Aman
ke Stadium Larkin bagi saingan kedua Piala FA
menentang Kedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan