Khamis, 28 Februari 2013

AFC CUP:Selangor Tunduk 0-1 Kepada East Bengal

SELANGOR tewas 0-1 kepada East Bengal dalam
saingan kelayakan peringkat kumpulan Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Kolkata, India,
hari ini.


Aksi separuh masa pertama menyaksikan pasukan
tuan rumah, East Bengal bermula garang apabila
Andrew Barisic melakukan serangan pada minit ke-13,
namun tersasar melepasi gawang Selangor.

Selangor juga melancarkan serangan pertama pada
minit ke-18 melalui cubaan Forkey Doe dari dalam
kotak penalti tetapi tersasar.

The Red Giant gagal menggunakan peluang untuk
menjaringkan gol pertama dari tendangan percuma
yang diberi setelah pemain East Bengal, Mehtab
Hossain mengasari Forkey Doe pada minit ke-22.

Minit ke-43, pemain tuan rumah, Chidi cuba
menggelecek bola sebelum melepaskan rembatan kaki
kirinya, tapi berjaya ditangkap kemas oleh, Norazlan.

East Bengal berjaya membolosi gawang Selangor
apabila Lalrindika Ralte menjaringkan gol dari luar
kotak penalti pada minit ke-43 dan gagal dihalang
oleh penjaga gol Selangor, Norazlan.

Masuk babak kedua perlawanan, Selangor mendapat
sepakan percuma di luar kotak penalti kerana Kubala
dikasari, namun sepakan Kubala berjaya ditangkap
oleh penjaga gol East Bengal, Gurpreet Singh Sandhu
pada minit ke-65.

Cubaan East Bengal untuk menambah jaringan gagal
setelah tendangan Andrew melambung tinggi pada
minit ke-81.

Sekali lagi, pasukan kendalian Irfan Bakti mensia-
siakan peluang pada minit ke-86 untuk menyamakan
kedudukan setelah percubaan Amri Yahya terlalu
tinggi.

Selangor akan bertemu Tampines Rovers (Singapura)
pada perlawanan kedua Kumpulan H, 13 Mac di

Stadium Shah Alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan