Penampang: Kegembiraan
seorang suami yang bakal
menerima cahaya mata
kelima berakhir dengan
tragedi apabila isterinya yang
mengandung dua bulan maut
selepas kenderaan dinaiki
mereka merempuh sebatang
pokok dalam kejadian di
Kilometer 15, Jalan Papar-Kota
Kinabalu, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 tengah
hari, mangsa Rhuhaifah Azhar,
29, tersepit di tempat duduk
penumpang hadapan dan mati
serta-merta akibat parah di
kepala.
Difahamkan, kenderaan dipandu
suaminya, Paisal Mohd Tutoh,
29, bersama empat anak
mereka dan dua adik ipar
dikatakan dalam perjalanan
pulang ke rumah mereka di
Kampung Limbising, Putatan.
Mereka dipercayai baru selesai
menghadiri kenduri di Kampung
Pengalat Besar, Papar.
Namun, menurut sumber polis,
setibanya di tempat kejadian,
kenderaan jenis Proton Wira
dinaiki mereka gagal dikawal
lalu terbabas sebelum
merempuh sebatang pokok di
bahu jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan