Isnin, 25 Februari 2013

Argo Filem Terbaik Anugerah Oscar


Filem Argo terbitan
Ben Affleck, George Clooney dan
Grant Heslov berjaya memenangi
anugerah Oscar bagi kategori
Filem Terbaik pada acara Academy
Awards, yang diadakan pagi tadi.


Argo mengalahkan lapan filem lain
termasuk Armour, Beasts of the
Southern Wild, Django Unchained,
Les Miserables, Life of Pi, Lincoln,
Silver Linings Playbook dan Zero
Dark Thirty.

Pemenang kategori itu diumumkan
oleh Jack Nicholson, yang berada di
Hollywood dan isteri Presiden
Amerika Syarikat, Michelle Obama
yang menggunakan link video.

Argo mengisahkan mengenai
operasi menyelamat diplomat
Amerika Syarikat dari Teheran
selepas Revolusi Islam pada 1979.

Filem Terbaik: Argo

Pengarah terbaik: Ang Li (Life
of Pi)

Pelakon lelaki utama terbaik:
Daniel Day-Lewis (Lincoln)

Pelakon wanita utama terbaik:
Jennifer Lawrence (Silver
Linings Playbook)

Pelakon pembantu lelaki
terbaik: Christoph Waltz
(Django Unchained)

Pelakon Pembantu Wanita
terbaik: Anne Hathaway (Les
Miserables)

Lagu original terbaik: Skyfall
(muzik dan lirik oleh Adele and
Paul Epworth)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan