Jurulatih skuad
Bawah 23 Tahun negara (B-23),
Ong Kim Swee melahirkan rasa
tidak puas hati terhadap prestasi
anak buahnya selepas mensia-
siakan peluang melakar
kemenangan apabila membenarkan
Laos bangkit mengikat kedudukan
3-3 pada aksi persahabatan di
Vientiane, kelmarin.
Selepas mendahului 3-1, skuad
muda negara melakukan kesilapan
hingga memberi ruang kepada
Laos yang dibarisi pemain senior
menyumbat dua gol dalam tempoh
lima minit terakhir.
Biarpun mengaku prestasi pemain
lebih baik berbanding ketika seri
dengan Myanmar 0-0 dalam satu
lagi aksi persahabatan minggu
lalu, Kim Swee nyata kurang
senang dengan keputusan diraih di
Vientiane kali ini.
“Kita bermain lebih baik
berbanding menentang Myanmar
tapi selepas mendahului 3-1, kita
gagal mengawal keadaan hingga
dibolosi dua gol dalam lima minit
terakhir menerusi sepakan penalti
dan kesilapan pemain
mengeluarkan bola.
“Saya mahu semua pemain
khususnya pemain baru lebih
matang apabila berada dalam
tekanan. Saya memang belum puas
hati dengan prestasi keseluruhan
pasukan,” katanya ketika
dihubungi Arena Metro di
Vientiane semalam.
Pada perlawanan itu, gol skuad
negara disumbang A Thamil
Arasu, Rozaimi Abd Rahman dan
Muhammad Nurridzuan Abu
Hassan.
Skuad kendalian Kim Swee kembali
ke tanah air malam semalam dan
akan berlatih seperti biasa sebelum
berlepas ke Slovakia bagi sesi
latihan dan perlawanan bermula 15
Mac sebagai persiapan menghadapi
misi mempertahankan pingat emas
Sukan SEA Myanmar hujung
tahun ini.
Sementara itu, Kim Swee
mengesahkan masih belum ada
kata putus mengenai kontrak dua
pemain Harimau Muda A, Wan
Zack Haikal Wan Noor dan Wan
Zaharulnizam Zakaria bersama
Ryukyu FC meskipun wakil kelab
divisyen tiga Jepun itu datang ke
Laos untuk mengadakan
perbincangan.
“Hasil perbincangan dengan wakil
kelab itu nampak positif tapi
keputusan akhir hanya diketahui
selepas satu lagi perbincangan
pada 11 Mac ini.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan