
BARCELONA terus melebarkan jurang selaku
pendahulu La Liga selepas membelasah Getafe
6-1 di Nou Camp, kelmarin.
Kemenangan besar itu membolehkan The Catalan
terus selesa mendahului carta dengan 12 mata
selepas pencabar terdekat Athletico Madrid
tumpas 1-2 kepada Rayo Vallecano di gelanggang
sendiri.
Alexis Sanchez membuka tirai jaringan seawal
minit ke-6 disusuli jaringan Lionel Messi bagi
menjadikan kedudukan 2-0, tujuh minit
kemudian. Gol ke-35 pemain terbaik dunia itu
untuk musim ini.
Tiga minit perlawanan bersambung, David Villa
menjaringkan gol ketiga sebelum pemain gantian
Cristian Tello meletakkan Bercelona 4-0, minit
ke-79.
Minit ke-83, Getafe memperoleh gol tunggal
mereka ekoran kelalaian benteng pertahanan
Bercelona, bagaimana pun Barcelona membalas
dengan dua gol dalam tempoh 10 minit menerusi
Andres Iniesta dan Gerard Pique.
“Kami bermain baik dan berpuas hati akan
permainan kami hari ini, begitu juga penyokong.
Siapa menjaringkan gol tidak penting asalkan
kami menang, bagaimana pun saya gembira
dapat menyumbang satu gol,” kata Iniesta yang
dipilih pemain terbaik perlawanan.
Kemenangan ini juga dilihat sebagai suntikan
moral buat pasukan bimbingan Tito Vilanova itu
menjelang aksi kalah mati Liga Juara-juara
Eropah menentang AC Milan di San Siro, Khamis
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan