Khamis, 28 Februari 2013

Bayern Munich Mara Ke Separuh Akhir Piala Jerman

FRANKFURT: Arjen Robben
menjaringkan gol pada minit akhir
babak separuh masa pertama bagi
membantu Bayern Munich
menundukkan penyandang
gelaran, Borussia Dortmund 1-0
dan melangkah ke separuh akhir
Piala Jerman.


Dortmund menundukkan Bayern
5-2 pada final musim lalu dan
menjulang gelaran Bundesliga kali
kedua berturut-turut.

Bagaimanapun, prestasi Bayern
musim ini lebih menyerlah dan 17
mata mengatasi Dortmund dalam
Bundesliga.

Robben merembat masuk gol di
hujung kotak penalti selepas
cengkaman Dortmund pudar
membolehkan Bayern mencatat
kemenangan pertama ke atas
Dortmund selepas liga kekalahan
berturut-turut dan satu seri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan