“Bukan hanya wang ringgit,
malah nafkah batin saya turut
diabaikan akibat penangan
wanita Vietnam ini.
“Saya jadi gila dan geram,” kata
pemilik sebuah restoran di
Tambun, di sini, yang hanya
mahu dikenali sebagai Rohani,
48, yang hilang sabar selepas
mengetahui hubungan sulit
suaminya dengan wanita asing
berkenaan.
Dia tidak dapat menahan marah
selepas mengetahui suaminya
yang juga pembekal kayu
binaan berfoya-foya dengan
beberapa wanita Vietnam di
beberapa spa terkemuka di
bandar raya ini.
“Patut dia selalu mengadu tidak
cukup wang, rupa-rupanya duit
didermakan kepada gundik
Vietnam,” katanya.
Rohani yang mempunyai empat
anak berkata, dia mengesan
perbuatan suaminya yang
berkelakuan pelik apabila kerap
keluar pada waktu malam serta
menyembunyikan telefon
bimbitnya.
Sumber->>HARIAN METRO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan