Kesabaran pengurus
sementara Chelsea, Rafael Benitez
dengan kelab itu akhirnya
berkubur apabila dia mengesahkan
hasrat untuk berundur diri pada
penghujung musim ini.
Benitez menjadi sasaran penyokong
sejak dia dilantik sebagai pengganti
Roberto Di Matteo pada akhir
November lalu.
Chelsea menundukkan
Middlesbrough 2-0 untuk mara ke
suku akhir Piala FA dan mereka
juga mara ke saingan 16 pasukan
Liga Europa tetapi tercicir di
tangga keempat Liga Perdana
Inggeris.
Benitez dilantik secara sementara
tetapi mengesahkan pada satu
sidang akhbar bahawa dirinya
menerima kritikan melampau
daripada sebahagian penyokong
Chelsea yang mendorongnya untuk
melupakan hasrat membimbing
kelab berkenaan secara tetap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan