KUALA LUMPUR: "Duit saya
sudah habis, tidak dapat balik
rumah, sebab itu terpaksa
tidur dengan kakak," kata
seorang remaja lelaki
mengaku berusia 13 tahun
yang dicekup ketika berdua-
duaan bersama seorang gadis
yang didakwa saudara
kandung dalam bilik sebuah
hotel bajet di ibu negara, awal
pagi tadi.
Bagaimanapun ketika ditanya
penguat kuasa, remaja
berkenaan menukar pula
kenyataannya dengan
mengatakan gadis berusia 20
tahun itu adalah teman wanita
abangnya dan mereka terpaksa
tidur bersama kerana tidak
dapat menghubungi keluarga.
Pasangan berkenaan antara 10
yang ditahan dalam operasi
cegah maksiat sempena hari
kekasih yang dijalankan
penguat kuasa Jabatan Agama
Wilayah Persekutuan (Jawi) di
sekitar ibu kota bermula jam 11
malam semalam sehingga 5
pagi tadi.
Kesemua yang ditahan berusia
13 hingga 50 tahun dan disiasat
di bawah Akta Kesalahan
Jenayah Syariah 1997 yang
membawa hukuman denda dan
penjara jika sabit kesalahan.
Selain pemeriksaan hotel bajet,
60 penguat kuasa Jawi turut
melakukan rondaan di sekitar
Taman Tasik Titiwangsa dan
mengeluarkan notis hadir untuk
sesi kaunseling kepada tiga
pasangan yang didapati
berkelakuan tidak sopan di
khalayak ramai.
Operasi diketuai Ketua Pegawai
Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar
Wan Ahmad dan Pegawai
Perhubungan Awam Kanan,
Tuan Asmawi Tuan Umar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan