
SUNGAI PETANI – Seorang pembantu bengkel
didenda RM4,500 dan penjara lapan bulan
sekiranya gagal membayar denda oleh
mahkamah majistret di sini, semalam selepas
didapati bersalah mencabul kehormatan seorang
ibu yang sarat mengandung.
Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin
menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas
Muhamad Saiful Azuwan Sawai, 28 tahun.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada
Disember tahun lalu di rumah kedai Taman Patani
Jaya, di sini.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didapati
menggunakan kekerasan jenayah dengan niat
mencabul kehormatan mangsa yang berusia 23
tahun itu kira-kira jam 2 petang di bahagian
tangga rumah kedai terbabit.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut
Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum
10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan
mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit
kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anida Mohd Nasir
dalam pendakwaan meminta mahkamah
memberi hukuman setimpal atas faktor
kepentingan awam dan mengambil kira mangsa
seorang wanita yang sarat tujuh bulan.
Terdahulu, peguam bela, Intan Nur Shafina
Baharuddin memohon denda minimum
dikenakan terhadap Muhamad Saiful Azuwan
memandangkan tertuduh memperoleh
pendapatan RM750 sebulan dan terpaksa
menyara isteri dan seorang anak serta masih
tinggal bersama kedua ibu bapa.
SUMBER: SINAR HARIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan