LONDON: Gol babak kedua
menerusi Ramires dan Victor
Moses menjamin kemaraan
penyandang trofi Piala FA, Chelsea
ketika mencatat kemenangan 2-0
pada saingan pusingan kelima
menentang kelab bahagian dua,
Middlesbrough dan kini berdepan
Manchester United pada peringkat
suku akhir.
Chelsea yang terpaksa bertarung
pada perlawanan ulangan
menentang kelab bahagian tiga,
Brentford pada pusingan sebelum
ini, memperbaiki prestasi selepas
kurang menyengat pada babak
pertama tetapi rembatan pada
minit ke-51 Ramires dari jarak 20
meter menemui sasaran.
Kelab Liga Perdana Inggeris itu
memastikan kemenangan berpihak
kepada mereka 17 minit sebelum
wisel penamat apabila pemain
gantian, Eden Hazard beraksi
cemerlang.
Pemain Belgium itu memanfaatkan
kelemahan pertahanan
Middlesbrough dengan larian
pantas di sebelah kiri dan
membuat umpanan satu-dua
dengan Oscar
sebelum mencipta ruang kepada
Moses untuk menjaringkan gol
kedua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan