Jumaat, 15 Februari 2013

Dea Gea Penyelamat United



Penjaga gol
Manchester United, David De
Gea dikecam hebat sepanjang
musim ini namun pujian
melambung diberikan
pengurusnya, Alex Ferguson
selepas persembahan
cemerlang ketika menentang
Real Madrid pada aksi Liga
Juara-Juara, awal pagi
semalam.


Pemain remaja Sepanyol berusia
22 tahun itu menyelamatkan
gawangnya daripada banyak
percubaan tuan rumah untuk
membantu United mengikat
kedudukan 1-1 pada
perlawanan pertama pusingan
kedua di Bernabeu.

“Sukar untuk bertandang ke
gelanggang ini kerana Real
memiliki rekod menakjubkan di
laman sendiri,” kata Ferguson.

“Saya sedikit kecewa kerana
kami terlalu bertahan hingga
membuka peluang buat Real
melakukan hantaran silang dan
percubaan.

“Mujur De Gea beraksi
cemerlang. Dia menyelamatkan
tiga atau empat percubaan
berbahaya.”

De Gea sebelum ini dikritik sejak
berpindah ke Old Trafford dari
Atletico Madrid dengan harga
20 juta euro (RM82.4 juta) pada
2011 dengan saiz fizikalnya
didakwa punca kelemahan
sepanjang aksi Liga Perdana.

Bagaimanapun Ferguson tetap
memberikan sokongan dan
penjaga gol itu menghalang dua
percubaan berbahaya Fabio
Coentrao selain berdepan Mesut
Ozil dalam situasi satu lawan
satu.

“Dia mempamerkan
peningkatan sepanjang musim
ini,” kata Ferguson.

“Pada babak pertama, dia
bertindak dengan begitu
menakjubkan untuk menepis
bola keluar.

“Memang sukar untuk dia
kembali dan beraksi mantap di
stadium ini. Dia mewakili
Atletico dan pastinya De Gea
meraikan keputusan ini.”

Rakan sepasukan, Ryan Giggs
turut gembira menyaksikan
persembahan yang dipamerkan
De Gea di Madrid.

“Dia penjaga gol yang bagus
dan caranya menghalang
rembatan tiada tandingan.

“Dia semakin matang dan
menunjukkannya malam ini
(awal pagi semalam). Dia tampil
ke Madrid dengan tekanan
tinggi kerana pernah mewakili
Atletico dan dia sudah
membuktikan keupayaannya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan