Rabu, 27 Februari 2013

Dual gol Ronaldo bantu real singkir barcelona

Cristiano Ronaldo
mencatat rekod cemerlang
menjaringkan gol di Nou Camp
apabila Real Madrid menewaskan
Barcelona 3-1, awal pagi tadi sekali
gus layak ke final Piala Raja
Sepanyol dengan agregat 4-2.


Penyerang Portugal itu
menyempurnakan penalti pada
separuh masa pertama dan gol
kedua sebaik perlawanan separuh
masa kedua bermula.

Gol ketiga Real diperoleh menerusi
tandukan Raphael Varane pada
minit ke-68 manakala Jordi Alba
pula menjaringkan gol sagu hati
untuk pasukan tuan rumah.

Real Madrid akan bertemu
pemenang antara Sevilla dan
Atletico Madrid yang dijadual pada
pagi esok.

Ronaldo yang menjaringkan gol di
Nou Camp sejak enam pertemuan
itu nyata lebih menyinar
berbanding bintang penyerang
tuan rumah, Lionel Messi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan