
FATHIA mula mencuri tumpuan
apabila selepas muncul dalam
iklan syampu Sunsilk, dirinya
dilamar sebagai pelakon.
Bermula dengan drama
rantaian Hani, namanya mula
menjadi sebutan apabila
berlakon drama Nur Kasih
memegang watak Nabila iaitu
sahabat Nur Amina lakonan Tiz
Zaqyah.
Bagaimanapun, baru mengecap
populariti, Fathia mencetuskan
kontroversi apabila mengamuk
di lokasi dalam insiden baling
telefon kepada pengarah Along
Kamarudin ketika
penggambaran drama Stanza
Cinta pada 2011.
Bangkit daripada kesilapan,
Fathia kembali mendapat
kepercayaan penerbit dengan
watak lebih mencabar.
Kebolehannya terus diuji
dengan membintangi filem Al
Hijab dan bakal muncul dalam
filem Darah Panas dengan
karakter lebih mencabar apabila
diberi watak gadis naif yang
dijadikan pelacur.
Anak sulung daripada empat
beradik ini mengikuti pengajian
peringkat Ijazah Sarjana Muda
Undang-Undang di Universiti
Teknologi Mara (UiTM) dan
pernah dicalonkan dalam
senarai Top 5 Artis Baru Wanita
Popular di Anugerah Bintang
Popular Berita Harian 2011
(ABPBH2011) bersama Tasha
Shila, Izara Aishah, Neelofa dan
Najwa Latiff.
FAKTA:
Nama sebenar: Nur Fathia Abd
Latiff
Tarikh lahir: 1 September 1987
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau
Pinang
Drama: Stanza Cinta, Joe &
Faridah, Dunia Batinku, Di
Bawah Ketiak Isteri, Bila Musang
Berjanggut, Cinta Halal, Bertaut
Kasih, Tongkah Arus Dosa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan