Perlawanan
pemanas badan menentang
Iraq di Dubai malam tadi,
menyaksikan skuad negara
mudah ditundukkan lawan 3-0
sekali gus mencetuskan
kebimbangan mampukah
Qatar yang menduduki ranking
lebih rendah berbanding Iraq,
ditumbangkan nanti.
Pada perlawanan itu, skuad
negara ketinggalan dua gol
pada babak pertama menerusi
ledakan Alaa Abdul Zahra seawal
minit ke-15 sebelum Muhannad
Abdulrahim menambah gol
kedua minit ke-38.
Bersambung babak kedua,
barisan pemain negara nyata
masih belum ada jawapan
mengekang Iraq sebaliknya
lawan yang menduduki ranking
ke-89 itu menambah gol ketiga
pada minit ke-66 sumbangan
Ismail Durgham.
Kali terakhir skuad negara
bertemu Iraq adalah pada 2006
yang menyaksikan Harimau
Malaya tewas 0-4 dan bakal
bertemu Qatar pada kempen
kelayakan Kumpulan D Piala Asia
di Doha, Rabu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan