Ahad, 3 Februari 2013

"Isu Nazmi Tutup Peluang Pemain Lain"

Brisbane, Australia: Ibarat
tikam dari belakang. Itulah
perumpamaan tepat yang
membayangi kepulangan
Nazmi Faiz Mansor ke Malaysia
selepas berkelana di Portugal
selama tujuh bulan.


Pemain SC Beira Mar itu yang
pada awalnya mengikat kontrak
tiga tahun bersama SC Beira Mar,
kembali beraksi dalam kancah
bola sepak tempatan apabila
tidak sampai setahun berada di
kelab divisyen satu itu dan
mengikat kontrak bersama
pasukan berstatus kelab, PKNS
FC.

Malah tindakan ‘pelik’ terbabit
langsung tidak ketahui
pengendali Harimau Muda A,
Ong Kim Swee dan Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) yang
bersusah payah membuka
ruang untuknya
mengembangkan bakatnya di
Eropah.

Justeru, apa berlaku kepada
Nazmi itu memberikan
pengajaran cukup berguna
yang jelas amat pahit untuk
ditelan, namun ia bukan
bermakna perancangan untuk
menghantar pemain Harimau
Muda yang lain beraksi di luar
negara, terbantut.

“Cuma kita perlu berhati-hati
apabila mengadakan
perbincangan dengan ejen yang
lebih jujur. Saya berharap
perkara sama tidak menimpa
Ahmad Fakri Saarani dan dia
dapat meneruskan kariernya di
tahap lebih tinggi,” katanya.

Pemergian Nazmi Faiz ke
Portugal diuruskan Marco
Guimaraes yang turut bertindak
sebagai ejen Ahmad Fakri yang
kini beraksi bersama kelab
divisyen tiga Portugal, Atletico SC
dengan kontrak enam bulan.

Kepulangan perancang tengah
itu dilihat ‘membunuh bola
sepak negara’ kerana Nazmi
dianggap sebagai seorang
pemain berbakat dan dilihat
mampu membawa perubahan
dan peningkatan kepada skuad
negara, terutamanya menjelang
misi mempertahankan emas
Sukan Sea penghujung tahun
ini.

Perancangan saya untuk Sukan
Sea tidak berubah dengan dia
perlu membuktikan
kemampuannya untuk
tersenarai,” katanya yang
mempunyai bilangan pemain
muda yang tidak terhad untuk
mengemudi bahagian tengah.

Tindakan Nazmi Faiz itu
dikatakan menyebabkan
peluang Wan Zack Haikal Wan
Nor dan Wan Zaharulnizam
Zakaria ke Jepun untuk bersama
kelab FC Ryukyu turut terkena
tempias.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan