Rabu, 6 Februari 2013

Juruteknik Nyaris Dinoda

Petaling Jaya: Seorang
juruteknik wanita nyaris
diperkosa ketika dalam
perjalanan ke tempat kerja
apabila dia yang berjalan
seorang diri diterkam seorang
lelaki tidak dikenali sebelum
menariknya ke dalam semak
berhampiran Jalan SS 9A/17,
Sungai Way, di sini, Sabtu lalu.


Dalam kejadian jam 6 pagi itu,
mangsa berusia 23 tahun
menjerit meminta tolong
sebelum jeritannya itu didengari
seorang lelaki yang melalui
kawasan itu.

Menurut sumber, lelaki terbabit
cuba melarikan diri dari tempat
kejadian selepas perbuatannya
disedari lelaki berkenaan, tetapi
diberkas sebelum diserahkan
kepada anggota unit peronda
(MPV) dari Balai Polis Sungai
Way.

“Mangsa sudah menyedari
kehadiran lelaki terbabit di jalan
berkenaan, tetapi tidak
menghiraukannya kerana sudah
biasa menggunakan laluan itu
dan tidak pernah berlaku
kejadian tidak diingini.

“Namun, sebaik mangsa
menghampiri lelaki terbabit
tiba-tiba dia diterkam dan
tangannya ditarik manakala
mulutnya ditutup,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan