Khamis, 28 Februari 2013

"Kuasa Allah"

Kuala Lumpur: “Apabila berlaku
perkara sebegini kita perlu rasa
terpegun dengan kekuasaan Allah
bukan sebaliknya,” kata
Penceramah bebas Zawiyah Hassan
mengulas mengenai Muhd Syafiq
Abdul Hamid, 10, yang mendapat
julukan ‘Budak Superman’.


Ini berikutan Muhd Syafiq masih
hidup dan mampu berjalan selepas
digilis traktor mengangkut buah
sawit seberat lebih tiga tan ketika
dalam perjalanan menuju pusat
pengumpulan sawit Changkat
Lobak, Alor Pongsu, Bagan Serai
29 Januari lalu.

Menurutnya, bagi kebanyakan
orang mungkin kejadian itu
dirasakan pelik namun ia adalah
urusan Allah, malah keajaiban
boleh berlaku pada kehidupan
manusia pada bila-bila masa yang
dikehendaki-Nya.

“Kejadian seperti ini adalah bukti
kekuasaan Allah dalam
menentukan ajal dan maut setiap
makhluk.

Bagaimanapun, jangan
sampai kita percaya perkara-
perkara khurafat disebabkan
keajaiban yang berlaku di
sekeliling kita,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan