Khamis, 21 Februari 2013

Milan Kejutkan Barca Di San Siro

AC Milan mencatatkan
kemenangan 2-0 atas Barcelona
dalam perlawanan pertama
peringkat kalah mati Liga Juara
Juara.


Walaupun Barca mendahului La
Liga dengan kelebihan 12 mata
sementara Milan di tempat
ketiga di Serie A - Kevin-Prince
Boateng masih mampu
membuka tirai untuk pasukan
tuan rumah.

Jaringan Sulley Muntari pula
memberi anak buah
Massimiliano Allegri kelebihan
yang penting sebelum
perlawanan kedua pada 12 Mac
di Nou Camp.

Milan mula perlawanan dengan
rembatan awal oleh Muntari
yang melambung tinggi.
Philippe Mexes pula menendang
hantaran Jordi Alba keluar
sebelum ia dapat sampai ke
Pedro Rodriguez dan walaupun
Mexes kemudian menangani
hantaran Dani Alves dengan
tangannya, pengadil telah pun
memberi isyarat ofsaid kepada
Pedro.

Stephane El Shaarawy terlepas
peluang apabila gagal
mengawal bola dan percubaan
Boateng dari sepakan penjuru
berikut tersasar.

Penjaga gol Milan Christian
Abbiati menyelamatkan
rembatan jauh Xavi sementara El
Shaarawy membuat asakan
penting di posisi bek kiri untuk
menghentikan gerakan
serangan Barca.

Mexes dilayangkan kad kuning
pertama dalam perlawanan
apabila mengasari Lionel Messi
sementara Riccardo Montolivo
merampas 'backheel' Pedro dari
Cesc Fabregas.

Sergio Busquets dilayangkan
kad kuning awal dalam babak
kedua selepas mengasari
Giampaolo Pazzini beberapa
minit sebelum gol pembukaan.

Rembatan Montolivo terpesong
dua kali sebelum Boateng
menyepak masuk lepas Victor
Valdes dan Gerard Pique
dilayangkan kad kuning akibat
cuba bertelingkah dengan
pengadil Scotland Criag
Thomson.

Tendangan percuma Messi
selepas itu melambung tinggi
sementara Valdes
menyelamatkan tendangan voli
Pazzini.

Milan mendapatkan gol kedua
pada minit ke 81 apabila
pemain gantian M'Baye Niang
dan El Shaarawy bergabung
untuk mencipta gol Muntari.

Barca cuba membangkitkan
perlawanan tetapi Bakaye
Traore gagal mengambil
kesempatan dari gerakan
serangan balas dan keputusan
berakhir 2-0.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan