Sabtu, 2 Februari 2013

Nazmi Pulang Tiada Penjelasan

Kepulangan pemain sensasi
negara, Nazmi Faiz Mansor ke
Malaysia seharusnya tidak
disalah erti, sebaliknya ia
adalah satu keputusan baik
bagi meneruskan karier
pemain muda negara itu.


Bapa pemain berusia 19 tahun
itu, Mansor Mustapha berkata,
beliau sendiri tidak dapat
memberikan maklumat lebih
lanjut mengenai anaknya itu
kerana masih belum mendapat
penjelasan terperinci dengan
Nazmi sendiri yang pulang
kelmarin.

“Nazmi pulang semalam
(kelmarin) tapi setakat ini saya
belum bersedia untuk memberi
sebarang komen.

“Semua ini adalah untuk
kebaikan Nazmi. Dia berada
dalam keadaan baik dan tidak
menghadapi sebarang
tekanan,” katanya.
Jelas Mansor, soal kepulangan
Nazmi sudah dibincangkan oleh
ejennya bersama kelabnya, S C
Beira Mar serta Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM).

“Semua pihak perlu faham
perkara ini masih belum jelas.

“Yang pasti, semua ini tidak ada
kena-mengena dengan isu yang
timbul sebelum ini,” katanya
merujuk kepada percakaran
antara Nazmi dengan Aidil
Zafuan Abdul Radzak dalam
laman sosial Twitter.

Usaha untuk mendapatkan
komen Nazmi menemui jalan
buntu selepas tinjauan ke
rumahnya semalam mendapati
tiada sesiapa menghuni rumah
itu.

Arena Metro semalam
melaporkan Nazmi yang
berkelana di Portugal selepas
menandatangani kontrak
bersama Beira Mar pertengahan
tahun lalu dilaporkan pulang
untuk beraksi dengan pasukan
Liga Super, Selangor PKNS.

Menurut laporan laman web FOX
Sports.my, Nazmi mendapat
pelepasan selama enam bulan.

Sementara itu, laman sosial
Facebook PKNS FC semalam
memuat naik gambar Nazmi
bersalaman dengan pengurusan
PKNS dengan menyatakan
pemain itu sudah sah menjadi
milik mereka.
Namun pengurus pasukan, Azmi
Adnan enggan mengulas lanjut,
sebaliknya mengesahkan satu
sidang media akan diadakan
hari ini bagi merungkai segala
persoalan membabitkan Nazmi.

sumber: HARIAN METRO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan