mengejut bekas pemain SC
Beira Mar, Nazmi Faiz Mansor
kembali ke Malaysia tanpa
penjelasan kukuh,
mengundang rasa kecewa dua
bekas pemain negara yang
pernah berkelana di luar
negara.
Mohd Fadzli Saari serta Juzaili
Samion yang pernah beraksi di
kelab Jerman, SV Wehen pada
awal 2000 dan kini
menghabiskan sisa-sisa karier
mereka dengan beraksi di
kancah Liga Malaysia, jelas tidak
bersetuju dengan keputusan
pemain berusia 19 tahun itu.
Bagi Mohd Fadzli yang kini
beraksi bersama Sime Darby FC,
jika benar Nazmi mengambil
keputusan sendiri untuk pulang
ke Malaysia, ia bukanlah
keputusan tepat.
“Saya tidak pasti apa alasan
sebenar Nazmi, tetapi
berdasarkan laporan media, dia
sendiri yang buat keputusan
untuk pulang dan mungkin itu
keputusan yang terbaik baginya.
“Tapi, bagi saya (keputusan
Nazmi) itu merugikan kerana
dia sudah dapat peluang dan
difahamkan mengikat kontrak
tiga tahun. Dia baru beberapa
bulan di sana dan banyak lagi
yang boleh dipelajari jika terus
kekal.
“Tidak kisah jika tidak dapat
beraksi dalam pasukan utama,
asalkan dia mendapat latihan
dan pengalaman yang saya
anggap cukup berharga kerana
tidak akan diperoleh di sini.
Peluang itu pasti akan datang,
tapi segala-galanya memerlukan
kesabaran.

NAZMI ketika menandatangani
kontrak bersama kelab Portugal.
“Saya pernah saksikan sendiri
dia bermain dan secara jujur,
saya memang mengagumi
Nazmi kerana bakatnya cukup
luar biasa. Saya yakin satu hari
nanti dia pasti menyerlah,”
katanya.
Bagi Juzaili, dia bersetuju
dengan pendapat jurulatih
Harimau Muda, Ong Kim Swee
yang kecewa dan kurang
bermotivasi untuk menghantar
pemain muda beraksi ke luar
negara bagi mengelakkan
perkara sama berulang.
“Dia pergi bawa harapan jutaan
rakyat Malaysia yang mahu lihat
kejayaan pemain negara di
pentas tertinggi.
“Bukan senang nak dapat
tawaran seperti ini dan pemain
berkenaan kena terima setiap
cabaran. Jadi keputusan pulang
ke Malaysia boleh memberi
kesan dan mungkin minat ibu
bapa untuk menggalakkan anak
mereka bermain bola semakin
berkurangan,” katanya.
Nazmi menerusi sidang media
kelmarin menyatakan dia sendiri
membuat keputusan untuk
pulang ke Malaysia dan memilih
untuk menyertai PKNS FC yang
kini beraksi dalam kancah Liga
Super.
Namun jawapan pemain itu
kurang meyakinkan apabila
mengakui membuat keputusan
itu secara mengejut dan tidak
dijangkakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan