PASUKAN Nigeria menepati ramalan apabila
muncul juara Piala Afrika buat kali ketiga selepas
menewaskan Burkina Faso 1-0 dalam final yang
berlangsung di Stadium Stadium FNB awal pagi
tadi (waktu Malaysia).
Sunday Mba menjadi wira Nigeria apabila
menjaringkan gol tunggal buat pasukannya pada
minit ke-40 bagi membolehkan Piala Afrika 2013
menjadi milik mereka buat kali ketiga.
Nigeria menjulang trofi Afrika buat pertama
kalinya ketika mereka menjadi tuan rumah edisi
1980 dan selepas itu di Tunisia pada tahun 1994.
Pada masa yang sama, kemenangan ini juga
meleburkan impian Burkina Faso untuk mencipta
sejarah baharu pada kempen Piala Afrika 2013
setelah kali pertama menjejakkan kaki di pentas
final.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan