GUA MUSANG: Seorang buruh
warga Indonesia nyaris maut
selepas diserang seekor
harimau Kumbang dalam
kejadian di ladang sawit Felda
Perasu, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi
itu, mangsa, Alip Abil, 33,
bergelut selama 15 minit
dengan haiwan itu untuk
menyelamatkan diri, namun
cedera di kepala, punggung,
dada, lengan kanan dan tangan
kiri sehingga menerima 50
jahitan ketika mendapatkan
rawatan di Hospital Gua Musang.
Menurutnya, ketika melakukan
kerja meracun rumput, dia
diterkam haiwan berkenaan
dari belakang.
"Pada mulanya, saya menyangka
babi hutan yang menyerang
saya, namun selepas dapat
melihat haiwan itu, barulah saya
tahu ia harimau kumbang.
Ketika bergelut dengannya, saya
dicakar di kepala punggung,
dada, lengan kanan dan tangan
kiri.
"Saya menjerit meminta tolong
sebelum seorang rakan
menghulurkan kayu dan saya
menjolok mulutnya mulutnya
dengan kayu itu ketika haiwan
berkenaan hampir menggigit
tengkuk saya," katanya.
Alip berkata, haiwan berkenaan
cuba pula menyerang seorang
rakannya, tetapi melarikan diri
selepas melihat rakannya itu
memegang sebatang kayu.
"Dalam keadaan berlumuran
dan separuh sedar saya dibawa
ke hospital. Ini pengalaman
menakutkan dan saya hanya
ingat mati ketika diserang
haiwan berkenaan.
"Mujur umur saya masih
panjang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan