Rabu, 6 Februari 2013

Penyanyi Program Realiti Direman

AMPANG - Juara program realiti popular terbitan
sebuah stesen televisyen ditahan reman selama
enam hari bermula semalam, disyaki merogol
kekasihnya, minggu lalu.


Perintah reman ke atas penyanyi itu dikeluarkan
oleh Pendaftar Nur Haizan Abdul Rahman di
Mahkamah Majistret Ampang di sini.

Siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara
Jenayah ke atas suspek dibuat bagi
melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 376
Kanun Keseksaan kerana merogol.

Jika sabit kesalahan, penyanyi itu boleh dihukum
penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut laporan akhbar, mangsa yang
merupakan teman wanita suspek dirogol kira-
kira jam 12.40 tengah hari, 31 Januari lalu ketika
bersama penyanyi itu di rumahnya di Ukay
Perdana, dekat sini.

Mangsa mendakwa dia tidak melawan kerana
takut dicederakan.

Suspek ditahan kira-kira jam 12 tengah hari
semalam di Taman Melati dekat sini setelah teman
wanitanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Ampang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan