Jakarta: Gara-gara menolak
cinta peminat, seorang
penyanyi dangdut tempatan
dirogol secara bergilir-gilir
“Mangsa diperkosa oleh
peminatnya, Edi atau Coki dan
empat rakannya selepas dia
diberi minuman keras,” kata
jurucakap Polis Tangerang,
Shinto Silitonga, semalam.
Menurutnya, Edi, 19, yang
berasal dari Teluk Naga ditahan,
kelmarin bersama-sama dua
rakannya sementara dua lagi
masih diburu.
Shinto berkata, selepas disoal
siasat, Edi mengaku merogol
mangsa kerana mahu membalas
dendam setelah penyanyi
dangdut itu menolak cintanya.
“Dia terpikat kepada penyanyi
itu selepas mereka bertemu 25
Disember lalu. Marah kerana
cintanya tidak dilayan, Edi
merancang merogolnya. Dia dan
rakan sekampung
memerangkap mangsa dengan
mengajaknya bersiar-siar
sebelum memaksanya minum
minuman keras lalu
memperkosa mangsa pada 24
Januari lalu,” kata Shinto.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan