Usaha Kelantan
mempertahankan kejuaraan
Liga Super semakin goyah
apabila hingga kini hanya
mencatatkan satu
kemenangan selepas
mengharungi enam
perlawanan.
Terbaru, skuad kendalian Bojan
Hodak itu tewas kepada
Selangor 0-2 di Stadium Shah
Alam, malam tadi untuk kekal di
pertengahan liga dengan
meraih enam mata.
Sebaliknya Selangor muncul
pendahulu baru Liga Super
dengan mengumpul 13 mata,
meninggalkan Pahang (12) dan
Angkatan Tentera Malaysia (10)
yang akan turun beraksi malam
ini.
Pada perlawanan disaksikan
kira-kira 25,000 penonton itu,
pelawat jelas pincang tanpa
kehadiran perancang tengah
dan kapten pasukan, Mohd
Badhri Radzi yang hanya masuk
sebagai pemain gantian pada
awal babak kedua.
Kelekaan pemain Kelantan
terutamanya di barisan
pertahanan yang diketuai
pertahanan import dari Nigeria,
Obinna Nwaneri nyata
membawa padah apabila
membiarkan pemain tuan
rumah meledak dua gol pada
separuh masa pertama.
Francis Forkey Doe meledak gol
pertama apabila melonjak tinggi
untuk menyambut hantaran
silang yang menewaskan
Khairul Fahmi Che Mat di
gawang pada minit ke-13.
Selepas itu giliran Ramez
Dayoub pula menggandakan
kedudukan apabila menanduk
masuk sepakan percuma Mahali
Jasuli pada minit ke-26.
Ketumpulan jentera serangan
nampaknya masih menghantui
Kelantan apabila penyerangnya
termasuk Keita Mandjou gagal
mempamerkan penyudahan
tajam di samping mempersia-
siakan beberapa peluang
keemasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan