GEORGETOWN: Penyanyi Shila
Amzah yang mencetuskan
kontroversi mengenai kisah
percintaannya tiba di sebuah
hotel ,di sini, bersama
bapanya, N D Lala, kira-kira
10.45 malam tadi.
Dia kelihatan ceria ditemani
pengawal peribadi dan bapanya
itu tetapi enggan mengulas
mengenai kemelut itu. Tetapi,
Shila tetap melayan peminatnya
di perkarangan hotel itu.
Shila, 23, yang sebelum ini
'menghilangkan' diri sejak tujuh
hari lalu kerana tertekan dengan
konflik percintaannya bersama
pelakon, Sharnaaz Ahmad sudah
kembali ke pangkuan
keluarganya.
Difahamkan, Shila menghubungi
bapanya yang juga penyanyi
dan pengacara, ND Lala, 53,
selepas berita ND Lala membuat
laporan polis mengenai
kehilangan Shila disiarkan
akhbar, semalam.
Akhbar melaporkan ND Lala
membuat satu laporan polis di
Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Kajang pagi
kelmarin selepas hampir
seminggu anak sulungnya itu
menghilangkan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan