Ahad, 3 Februari 2013

Suami Tak Bantah Isteri Buat Urutan Batin

Kuala Lumpur: Asalkan boleh
dapat wang, suami tidak kisah
isteri melakukan urut ‘geli-geli’
dengan pelanggan, termasuk
urutan badan ke badan (B2B).


Yang penting, tidak sampai
melakukan hubungan seks.
Itu perjanjian lisan antara
pasangan songsang terbabit
bagi menambah pendapatan
keluarga, apatah lagi si isteri
hanya suri rumah manakala
suami tiada pendapatan tetap.

Namun di belakang suami,
sebenarnya ada antara wanita
berkenaan terlanjur ke bilik
tidur pelanggan apabila
menawarkan khidmat urutan di
rumah kenalan rapat.

Itu antara pengakuan suri
rumah yang sanggup mencari
nafkah dengan melakukan urut
berahi terhadap pelanggan
dengan kebenaran suami
semata-mata untuk
mendapatkan pulangan
lumayan.

Aktiviti tidak bermoral itu
dikesan Metro Ahad melalui
perkenalan dengan seorang
wanita dikenali sebagai Suraya,
40, melalui sebuah laman web
sosial, baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan